AkU

AkU

Thursday, March 15, 2012

Ciri-Ciri Orang Mencintai Kamu


1) Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu..yang dia tahu, di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2) Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tak peduli! Baginya, yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya..fuhh~

3) Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, di hati dan matanya, kamu yang tercantik walaupun mungkin berat badan kamu dah bertambah..hoho

4) Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu..

5) Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', selamat hari minggu', 'gudnite', 'take care', dan sebagainya, walaupun kamu tidak membalas SMS nya..alahai, ciannye..huhu..si dye buat macam tu, sebab dengan kiriman SMS itu lah dia dapat menyatakan cintanya dengan cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung AYAT selain kata cinta tu..

6) Jika kamu menyambut hari lahir dan kamu tak jemput si dye ke majlis tu, setidak-tidaknya dia akan telefon atau SMS untuk ucapkan selamat hari lahir..

7) Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan, mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah pown melupakannya, kerana bagi si dye, memory tu merupakan memory yang istimewa/berharga untuknya..sekiranya saat si dye bersama kamu tu tak boleh berulang selalu, mesti si dye akan sedeh atau menangis kerana terlalu mencintaimu..

8) Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, sedangkan, mungkin kamu sendiri dah pown lupa yang kamu pernah ungkapkannya..kamu memang lupa, tapi bukan orang yang mencintai kamu..

9) Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, mungkin dye pinjam CD milik kamu tu sebab nak tahu apa yang kamu suka, apa kegemaran kamu..walaupun si dye mungkin sukar untuk meminati kesukaan kamu, tetapi dye akan berusaha sehingga berjaya..

10) Kalau kali terakhir kamu dan si dye bertemu, waktu tu, kamu tak sehat, selesama ke, batuk-batuk ke dan sebagainya, si dye akan sentiasa mengirim SMS atau telefon untuk bertanyakan keadaan kamu..ini kerana, si dye mengambil berat dan bimbangkan kamu..

11) Jika kamu mengatakan yang kamu ada test/exam, si dye akan bertanya bila ujian itu akan berlangsung, dan bila harinya tiba, si dye akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu..

12) Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin bagi diri kamu, itu sesuatu perkara yang biasa, tapi baginya barang itu sangat istimewa..



13) Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung..kenape??..sebenarnye, saat itu, si dye berasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya..kahkahkah

14) Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu..

15) Jika suatu saat kamu harus berpindah ke tempat lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu..

16) Di hatinya, dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah tak dengar, 'jauh dimata, dekat dihati??'..hehe

17) Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang KEKASIH SAHAJA..

18) Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari..atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS..sebenarnya ketika itu die sedang memikirkan kamu..Lol, KANTOI..haha

19) Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuatkan kamu pening kepala..ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu, dia akan meminta maaf dan tak akan melakukan kesalahan yang sama..

20) Jika kamu memintanya untuk mengajarmu sesuatu, dia kan mengajar kamu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang TERBODOH di dunia! wakaka~ si dye akan rasa gembira sekiranya dapat membantu kamu dan dia tidak akan pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan kamu..tapi kamu jangan ler mintak permintaan macam PUTERI GUNUNG LEDANG..nak hati nyamuk, nak itu, nak ini..hehe

21) Nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya sekiranya kamu melihat handphone-nya..dan dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun kiriman SMS itu dah berbulan atau bertahun yang lalu..dia juga akan menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya..

22) Jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dan sekiranya dia akan menyedari tindakan kamu itu, dia akan menghilangkan atau cuba menjarakkkan dirinya dari kehidupan kamu walaupun tindakan itu membunuh/melukakan hatinya..

23) Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya peluang atau kesempatan, dia akan ada menunggu kamu kerana dia tidak pernah mencari orang lain, dan sememangnya sentiasa mencintai dan menunggu kamu..

24) Orang yang mencintai kamu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin tahu, kerana baginya, dia tidak mahu membebankan kamu dengan kerenahnya..

No comments:

Post a Comment